Friday, November 21, 2008

Take 5

Patin 2.9 Kilo menggunakan joran 4 kaki, tali sufix 10 paun dan mesin Tomman 1 bearing

Inilah hobi aku no 2. Boleh dikatakan, setiap minggu aku akan mengasah batang joran aku samaada laut ataupun kolam, Aku lebih suka ke laut tapi skarang cuaca kurang mengizinkan. Bila tangan dah gigil, kolam pun kolamlah, janji menarik. Tempat biasa aku kolam kayu ara, mambau, spesis Patin/Rohu/Kap Rumput dan Tongsan menjadi sasaran. Setakat ni, setiap kali kunjungan pasti berhasil. Saja nak release tension.

Wednesday, November 19, 2008

Projek Ceroboh

penggunaan anak benih bersaiz kecil menyebabkan rumpun kurang membesar

anak benih berusia 3/4 minggu




Berbalik kepada projek terdahulu berskala kos rendah,
dengan sukacitanya aku nak maklumkan bahawa projek aku berjalan dengan jayanya tanpa masalah. Pertumbuhan anak benih amat memberangsangkan dimana bermula dgn 2 batang anak benih bersaiz kecil, rumpun serai kini telah bercambah/ membiak dengan banyaknya.

Sebanyak 130 rumpun serai dapat ditanam. Penggunaan campuran baja kimia dan organik menggalakkan proses pertumbuhan anak pokok. Pembajaan hanya dilakukan setelah benih berusia 2 minggu. Siraman tidak dilakukan memandangkan sekarang musim hujan, jadi kos air dapat dijimatkan.
PEnggemburan tanah setempat (sekitar rumpun) mengurangkan penat/kos penggemburan tanah. Maklumlah projek ceroboh, kos pun ciput je. Utamakan kos utama dari kos sampingan.

Wednesday, November 12, 2008

Naga @ Dragon









Assalamualaikum,
Untuk percubaaan, aku mencuba menanam pokok naga di halaman rumah aku. bekalan anak benih diperolehi melalui pakcik aku di Ayer Hitam, Johor yang telah menanam 10 rumpun pokok naga ni di halaman rumah. Aku cuba tanam benih isi merah kerana dirasakan isinya lebih sedap dari isi putih. Selain itu, harga pasaran isi merah lebih mahal. Usia tanaman baru kira-kira 2 bulan. Jangka hayat pokok ni dikatakan boleh mencecah usia 50 tahun.

Tuesday, November 11, 2008

Save Budget











Kalau nak diikut-ikutkan habis satu laman aku tanam pokok cili ni tapi nanti anak aku nak main kat mana pulak. disebabkan kos sara hidup kini melambung tinggi, terpaksalah aku budget sikit duit dapur. Ye lah setakat nak beli cili merah 2/3 batang kat kedai habiskan duit minyak kete 5/10 ringgit, lebih baik aku tanam sendiri. Segar dan bebas racun serangga. Amalan pertanian yang baik dimana menggunakan baja tahi arnab (bela sendiri) dan teknik asap waktu petang membantu menghalau perosak tanaman.

Projek Kos Rendah


Kawasan projek kos rendah seberang jalan rumah aku (Kawasan lapang)

Assalamualaikum,
aku telah lama memulakan projek berskala kos rendah ni. disebabkan aku baru saja berpindah rumah so, terpaksalah aku memulakan semula projek aku ni. sebelum ni di rumah lama aku cuma dpt menanam kira-kira 10 rumpun sahaja tetapi sejak aku pindah rumah ni aku tengok banyak rumah kosong.
Disebabkan aku orang pertama yang duduk kat taman ni so aku pun pulunlah semua kawasan yang ada sebelum orang lain kacau daun (kira cerobohlah ni). Sebenarnya masih byk lagi kawasan kosong tapi aku takut nanti org ckp gila kuasa pulak.
aku sebenarnya mendapat kontrak untuk membekalkan serai ke sebuah kedai makan. mereka perlukan 30 batang serai sehari dengan harga 10 sen sebatang so satu hari aku dapat 3 ringgit sahaja. disebabkan kedai makan tersebut kecil jadi penggunaannya pun sikit. ok korang cuba kira, RM 3 x 26 hari = RM 78. kira ok lah tu, lepaslah utk bayar duit api & air rumah aku. itu cuma 1 kedai, kalau 5 kedai korang kira je lah.
Usia tanaman hanya baru 2 minggu (korang tak nampak dlm gambar ni sebab dari jauh). penyiraman 2 hari sekali dan pembajaan yang cukup menghasilkan anak benih tumbuh dengan galaknya (mcm tuan dia jugak)
Kawasan seluas 7 x 70 kaki mampu memuatkan kira-kira 150 rumpun. Jarak tanaman hanya 2 kaki antara rumpun dan 2 kaki antara batas (agak rapat). Aku cuma nak memaksimumkan penggunaan tanah.

Tuesday, November 04, 2008

Projek Kos Sederhana











Assalamualaikum,

Setelah lama mengusahakan projek kos rendah, ada mendapat peluang untuk mencuba projek tanaman berskala kos sederhana. Berbekalkan tanah seluas seekar yang diperolehi (tumpang) aku berkira-kira dan mengatur rancangan aku. Mengikut perancangan, tanaman serai menjadi pilihan kerana kos yang rendah dan penjagaan yang mudah.


Anggaran kos untuk projek aku kali ini kira kira RM1000/= bersih. Purata keluasan tanah yang kosong kira-kira 3/4 ekar dan mampu mamuatkan kira-kira 3 ribu rumpun serai. Kos anak benih kira-kira RM 600/=, kos bajak RM150/= dan kos baja dan racun kira-kira RM200/=.


Jangka masa tuaian kira-kira 6 bulan dan keuntungan kasar kalau mengikut perkiraan aku 3000 rumpun x 3 kilo perrumpun x RM1 perkilo = RM9000/= (anggaran saja)


Insyaallah kalau menjadi aku akan cuba projek berskala besar pula. Walaubagaimanapun, semua kerja-kerja projek sederhana aku akan bermula pada 1/12/2008.