Monday, January 26, 2009

Bila Nak Start?

Aku rasa x sabar nak ke kebun, Disamping risaukan pisang aku kena kebas, semangat berkobar utk bergelar peladang/petani semakin bergelora. Perjanjian dgn Pejabat Pertanian tentang sewaan mesin bajak telah dibuat dimana kerja2 merotor batas akan dilakukan selepas Tahun Baru Cina. Selain itu, Benih serai sebanyak 5000 btg telahpun ditempah. Aku juga telah menyemai benih betik baka taiwan dan tembikai susu untuk tanaman percubaan.

Monday, January 19, 2009

1st Step

Minggu yg sibuk. Bermula dgn lawatan sambil blaja di kebun sifu Pak Tani di Chengkau pada 18/1/2009, aku mandapatkan seberapa byk info dan teknik utk aku memulakan projek berskala besar. ternyata sifu tak lokek utk memberikan ilmu yang selama ini disimpan oleh beliau. Terleka berborak sampai lupa hari dah nak mlm.

19/1/2009, langkah pertama aku ke kebun di Selaru berbekalkan satu tong racun dan parang panjang. Ikut hati nak tarah semua kawasan tapi alangkah sedihnya, kudrat aku tewas dek panas terik dan angin kencang. Hajat meracun hanya tercapai utk tanah 2 ekar sahaja. Kawasan selebihnya aku bakar je (Save budget).

Sempat juga aku ranggah 2 tandan pisang nangka utk bekalan balik ke rumah serta kacang panjang utk lauk mlm nanti. Walaupun bukan aku yg tanam tapi peduli apa, sapa suruh biarkan terbiar, kira aku punyalah.

Monday, January 05, 2009

Projek Mega












Setelah lama aku menyepi kerana sibuk menyiapkan kerje pejabat yg ntah sampai bila nak habis, baru aku berpeluang untuk mengup-date blog ini. Dalam kesibukan aku dgn kerje pejabat, aku senantiasa mencari peluang untuk aku mengembangkan minat aku dalam pertanian.

Hasilnya, tanah seluas 5 ekar berjaya diperolehi. Sesi lawatan semalam bersama rakan se-pertanian aku ke Kuala Pilah membawa ke kawasan tanaman yang aku idam-idamkan. 5 ekar tu.... luas gila ....

Perancangan telah dibuat dimana tanah tersebut perlu digembur dan rotor supaya projek penanaman anak benih dapat dibuat secepat mungkin (Planning untuk raya puasa tahun ini)