Monday, September 14, 2009

Slamat Ari Rayo

Kepado kengkawan, Slamat Ari Rayo. Mintak Maaf Zahir Bation Yo.






::Kad Ucapan Raya Percuma

Wednesday, April 08, 2009

Tak Guna Punya JPKP

Habis semua benih halia yg aku tanam kena bungkar balik dek mesin bajak JPKP. Tempat lain yg aku suruh bajak tempat lain yg dibajak

Wednesday, March 04, 2009

Halia

berbekalkan tulang 4 kerat aku ni akhirnya dapat juga aku tanam halia seluas 1 ekar pada 1/3/2009. Berkerja bersendirian melambatkan proses penanaman. kira-kira 500 rumpun dapat ditanam dalam masa 5 jam. Maklumlah hari panas. Aku berpuas hati walaupun bekerja sorang-sorang tapi aku dapat selesaikan kerje. Jangkaan tuaina hasil adalah pada bulan 8/9 dimana masa tu musim perayaan. Hasil yang dijangka dapat dikeluarkan adalah kira-kira 10 tan. Proses sulaman tanama akan menyusul dalam 2/3 minggu lagi.

Monday, February 23, 2009

Api...Api...

21/2/2008 sehari sebelum mesin bajak masuk kebun, aku mulakan projek aku dengan membakar semak-samun kawasan kebun. Memandangkan hari panas dan cuaca kering yang mana hujan dah lebih kurang 2 bulan tak turun memudahkan kerja aku. 1 jam diperlukan untuk kawasan seluas 6 ekar (kebun aku 5 ekar je) termasuk kawasan kebun jiran aku lapang dijilat api. Dah puas main panas, aku dgn anak-anak aku pun apa lagi, berendam dalam anak sungai di tengah-tengah kebun. Airnya sungguh sejuk. Rasa macam x nak kuar tu.

Thursday, February 19, 2009

Last Warning

Hari ni aku nak kata putus dari Jabatan Pertanian. Kalau diorang boleh buat aku on kalau tak aku mintak PPK je buat. Bayar lebih pun x pe. di sebabkan kelewatan diorang, planning aku semua x menjadi.

Monday, February 16, 2009

Cekadak JPKP

Seperti yang dijanjikan oleh Jabatan Pertanian, Minggu ni diorang nak datang perlau tanah. Kalau x datang jugak maknanya putus sedara dan aku dah malas nak berurusan dengan Jabatan Pertanian lagi. Kerje lembab, duit nak cepat. Suruh petani kuarkan hasil tapi kemudahan yang diberikan macam hampeh.

Friday, February 13, 2009

Lat, Milo & Molly






Kalau nak ikutkan hati aku, semua binatang aku nak ternak tapi memandangkan masa x so cari benda yg senang jaga lah....ARNAB. Bermula dgn sepasang arnab yg aku cilok kat rumah member aku, anak-anak aku seronok gila jaga arnab ni. Siap mandikan dengan syampoo "Tak Pedihkan Mata" lagi tu. Nak jaga cukup senang. Yg penting dedak dgn air kene sentiasa cukup. Bila petang pulak aku lepaskan kat laman, save budget potong rumput. Mana taknya, habis semua rumput yg panjang dibahamnya. Najis arnab pulak aku buat baja. Najis 3 ekor je cukup utk semua tanaman aku, tambah aku eksport najis ni kat rumah mak aku kat kampung lagi. Sebenarnya aku ada 4 ekor semuanya tapi cilaknat punya kucing jiran aku, dia gigit sekor sampai mati dibuatnya.

Thursday, February 12, 2009

Bangang......

Bodoh betullah org Jabatan Pertanian ni. Ari tu ckp mesin rosak tapi bila aku desak barulah nak story yg mesin tu skarang kat sawah, bajak tanah. aku rasa nak henjut je mamat tu. Duit nak cepat tapi kerje macam lembu.

Friday, February 06, 2009

Macam Si**

Angin aku, janji lepas raya cina. Skarang dah lepas raya pun x start lagi keje. Ni yg aku hangin berurusan dengan kerajaan. Duit nak cepat tapi keje macam lembu. Benih tanaman aku dah semai tunggu ubah ke kebun tapi tanah Jab. Pertanian blum bajak lagi.

Monday, January 26, 2009

Bila Nak Start?

Aku rasa x sabar nak ke kebun, Disamping risaukan pisang aku kena kebas, semangat berkobar utk bergelar peladang/petani semakin bergelora. Perjanjian dgn Pejabat Pertanian tentang sewaan mesin bajak telah dibuat dimana kerja2 merotor batas akan dilakukan selepas Tahun Baru Cina. Selain itu, Benih serai sebanyak 5000 btg telahpun ditempah. Aku juga telah menyemai benih betik baka taiwan dan tembikai susu untuk tanaman percubaan.

Monday, January 19, 2009

1st Step

Minggu yg sibuk. Bermula dgn lawatan sambil blaja di kebun sifu Pak Tani di Chengkau pada 18/1/2009, aku mandapatkan seberapa byk info dan teknik utk aku memulakan projek berskala besar. ternyata sifu tak lokek utk memberikan ilmu yang selama ini disimpan oleh beliau. Terleka berborak sampai lupa hari dah nak mlm.

19/1/2009, langkah pertama aku ke kebun di Selaru berbekalkan satu tong racun dan parang panjang. Ikut hati nak tarah semua kawasan tapi alangkah sedihnya, kudrat aku tewas dek panas terik dan angin kencang. Hajat meracun hanya tercapai utk tanah 2 ekar sahaja. Kawasan selebihnya aku bakar je (Save budget).

Sempat juga aku ranggah 2 tandan pisang nangka utk bekalan balik ke rumah serta kacang panjang utk lauk mlm nanti. Walaupun bukan aku yg tanam tapi peduli apa, sapa suruh biarkan terbiar, kira aku punyalah.

Monday, January 05, 2009

Projek Mega












Setelah lama aku menyepi kerana sibuk menyiapkan kerje pejabat yg ntah sampai bila nak habis, baru aku berpeluang untuk mengup-date blog ini. Dalam kesibukan aku dgn kerje pejabat, aku senantiasa mencari peluang untuk aku mengembangkan minat aku dalam pertanian.

Hasilnya, tanah seluas 5 ekar berjaya diperolehi. Sesi lawatan semalam bersama rakan se-pertanian aku ke Kuala Pilah membawa ke kawasan tanaman yang aku idam-idamkan. 5 ekar tu.... luas gila ....

Perancangan telah dibuat dimana tanah tersebut perlu digembur dan rotor supaya projek penanaman anak benih dapat dibuat secepat mungkin (Planning untuk raya puasa tahun ini)